Sorry, lambat tunjuk cara buat langsir eyelet..siapkan tempahan orang dulu..ikutkan memang tak sabar-sabar da nak share cara eyelet ni kan..ye la..mana tau ada yang betul-betul nak tau cara-caranya..
Cewaahh..macam la langsir orang da siap sepenuhnya..tak pe-tak pe..rehatkan jari jemari kat atas keyboard pulak..biar dia menari-nari dan bersenam atas keyboard ni..haha.
Sebelum tu nak bagitau ye..standard saya buat langsir untuk tingkap adalah selabuh 2 meter. Untuk tingkap 2 panel gunakan 2 keping kain. Maksudnya awak kena beli 4 meter. " Dik, kain ni 4 meter "..haaa..dah dapat kain mesti excited nak buat kan. So, sampai uma, bentangkan kain dan potong la 2 meter-2 meter..jadi la dia 2 keping yang dimaksudkan..faham semua??
Dah..jom ni cara-caranya :
Bentangkan kain yang dah dibeli tu. Mana yang beli 4 meter tu..potong la 2 meter-2meter. Pelik ye kenapa saya punya ni macam lebih je dari 2 meter. Ini tempahan orang nak buat tirai bilik..labuh le..hoho.
Eyelet Style Jom!
Lepas da potong, bahagian tepi sekali lipat macam gambar kat bawah
ni. 1" lebih. 1" berapa nak cakap ye. Buat kiri dan kanan tau. Sebelum tu terbalikkan la kain tu. Tengok la tape dan kain kat bawah ni.
Lepas tu, pinkan sepanjang lipatan kain tu. Pinkan jarak-jarak. Jangan la rajin sangat nak rapat-rapat. Nanti ambil masa lama kan..
Dah siap pinkan, apa lagi! Jom letak kat bawah jarum mesin tu. Daripada 1" lebih tu, lipatkan sikit kain tu ke dalam sampai jadi ukuran 1" tepat. JANGAN alih jarum tu tau. Nanti lipatan kain jadi senget pulak. Biarkan aje. Yang penting lipat sikit ke dalam. Macam gambar bawah ni.
Dan jadi la 1". Lepas tu..mulakan jahitan awak! Slow2 dulu..pas tu laju! Jahit dari atas sampai bawah. Sebelah satu lagi tu pun jahit macam ni jugak tau..Maksudnya, kiri dan kanan kain ni..haha..Pelik ye..mesin ni ade lampu pulak. Terang lagi bersuluh..nanti saya cerita sikit pasal mesin ni ye. Dalam hati..(dan lagi..hoho)
Okay, lepas da siap jahit kiri dan kanan kain ni dengan lipatan 1" macam gambar kat atas tu, lipat la pulak kaki kain awak tu jadi 4 1/2"..Kaki kain tu maksudnya kain sebelah bawah. BUKAN kat tempat nak letak tape tu. Saya suka besar sikit macam ni..baru nampak cun! Langsir pun boleh nampak cun ek. Ape-ape je la..
Da siap tanda 4 1/2", pinkan sampai hujung..tapi nak jahit..lipatkan ke dalam sampai jadi 4" tepat. Macam gambar kat bawah ni.
Fuuhh!! Dah jahit lurus sampai hujung dengan mata yang tak berkelip, jadi la macam ni..( Betul kan..dah namanya jahit lurus..rasa tak nak kelip mata..haha..sama la tu )
Bila da siap, nak nampak kemas..jahitkan pulak hujung kanan dan hujung kiri..Tengok la gambar bawah ni. Baru faham maksudnya.
Jarum tu tandanya, jahit jugak la kat situ..
Sampai jadi macam ni..Nampak tertutupkan..tak de la ternganga je..hoho..
Okay, da siap bahagian bawah..kita pergi bahagian atas pulak ye..tempat nak jahit curtain tape..Mula-mula buat macam gambar bawah ni.
Lepas tu, hujung curtain tape tu lipat sikit macam ni tau. Baru nampak comel! Ingatkan baby je comel..adohaii..ada-ada saje..haha.
Dan...letak la atas kain tu..himpap dia orang kata..hehe..
Dan..apa lagi! Jom mulakan menjahit lurus saja..sampai hujung tau..bahagian bawah tape tu pun jahit la jugak..karang ternganga tape tu..
Da siap jahit lurus atas dan bawah tape..jadi la macam gambar kat bawah ni kan..sama tak awak buat tu dengan saya ni?? Mesti sama kan..
Tak sabar nak lubangkan la tu..betul tak..iye..dipersilakan la melubangkan tempat bulatan tu..dalam bulatan tu..orang pakai gunting..saya pakai benda alah ni..janji berlubang kan..tak semestinya guna gunting.kan..lagi senang tau!
Tadaa...jadi la macam ni..da pun berlubang..
Yeaaayyy!!! boleh la lekatkan kilauan emas tu..tekan sampai bunyi praaaaaaaaaaappppppp!
Dan..boleh la gantung..saya ni gantung kat batang mop..haha..mop tanggal..ambik batang dia je..memang da siap jahit kat situ la saya akan try gantung sebelum bagi customer..Tapi,sebelum bagi..saya akan gosokkan dulu! Baru selera customer tengok! haha
Gambar atas ni nampak rapat-rapat kan..sebab batang mop saya pendek aje! nanti da gantung kat tempat dia yang sepatutnya..ok la kan..
Antara tempahan langsir yang sempat ambik gambar..maklum la..sebelum ni tak de blog..makanya, tak de la simpan gambarnya..tapi tu semua tak penting..asalkan dapat tunjuk contoh nak buat kan..tapi..macam mana pulak ye nak buat pattern langsir-langsir kat bawah ni?? Nanti ada masa, saya tunjukkan la ye..insha allah..
Kat bawah ni pulak customer mintak alter..tengok ape jadi..
Dan..jadi la seperti ini..siap!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam kak shima sy as nak tnya kain tu bidng 40" ke 60"?
Lg 1 klu kos upah bape eak utk 1 keping
Pengeras tu memng da ada lubang dan flat tu ke.. ( tak pasti nma besi bulat dkt lubang wrn silver tu hehe..) klu nak bli kat mn ek???
as salam...nk tanya utk 3 panel sliding door brp meter kain nk guna
Salam, tumpang iklan sis..Penebuk Langsir Eyelet!!!
Dengan mesin penebuk lubang eyelet,kerja anda MUDAH,CEPAT & KEMAS!!!!!
Dapatkannya sekarang...just punch sahaja,terus terbentuk bulatan yg kemas & cantik..xperlu gunting gunting..
Call/whatsapp 0199380263
(Serious buyer only). Sila rujuk fb "eyelet penebuk langsir"
Berapa jarak setiap eyelet?
best dapat jahit langsir sdri nih..mahal betol upah..skillkan..
teruskan sharing ilmu berguna ni yer Sis..
btw..jom lawat blog saya
www.sihatnatural.blogspot.com
Post a Comment